Tuesday, March 20, 2012

Sekarang aku dapati pelajar-pelajar kurang daya tahan fizikal. Bila kena denda berlari baru satu round padang dah pengsan, pelajar lelaki pun sama tercungap-cungap. Perhimpunan rasmi, nak minta duduk (bersila di tapak perhimpunan). Zaman aku bersekolah dahulu memang tak pernah duduk semasa perhimpunan, berdirilah mendengar khutubah guru. Selalu juga kena denda lari keliling dewan dan padang. Tak pengsan pun. Bila tanya pelajar (lelaki) sekarang kenapa cepat penat. Semput cikgu. Kamu ada semput. Tadi pagi berapa batang hisap rokok. Jangan tanya kamu hisap rokok. Nanti diakalnya kau. Biasanya pelajar jawab satu batang sahaja! Rokok murah RM 2.50 sen sekotak, siap dapat percuma pemetik api sekali. Beli berok siap dengan rantai sekali. Boleh terus suruh panjat pokok. Lagi satu punca mungkin banyak makan makanan rapu. Dari kecil seusia 1 tahun emak bapak abang dah belikan makanan rapu. Nasi tak mau makan. Aku (balik-balik aku) dulu masa kecil hongges jambu batu, makan kulit aje, biji keras, buang. Buah mangga belum masak lagi dah kena balun. Tak ada makanan rapu kalau ada pun tak ada duit nak beli. Ayah pulang dari laut bawa udang pengantin punya le sedap nanti masak lemak atau sambal. Tapi tak dapat makan pun, semua ayah jual sebab nak dapatkan duit. Yang dapat makan cuma yang dah patah tengkuk dimakan kutu air. Pelajar sekarang minta 2 ringgit dari ayah, ayah beri 5 ringit 2 ringgit tak cukup, barang-barang dah mahal sekarang. Kesihan anak aku. Itulah yang P. Ramle dah tunjukkan dahulu. Anakku Ghazali. Inilah sebahagian anak murid aku sekarang. Bapa pun dah tak tahu nak buat ape! Agak agak nak kena buang sekolah, pindahkan anak ke sekolah lain. Perangai anak masih sama. Aku kata kesihan bapak kau...

Sunday, March 11, 2012

Hendak bertanya kepada sesiapa yang tahu. Dulu Datuk Seri Najib ada umumkan guru penolong kanan dapat DG48. Diam aje nampaknya. Lagi satu apa perkembangan terkini bagi guru dah lebih setahun bergaji maksimum macam aku ini dah dua tahun tak naik gaji di DG44. Berilah tahu. Buka apa kalau perkembangan baik boleh dijadikan sebagai catalase di dalam tugas seharian. Betul tak?
Apalah punya blog langsung tak ada sambutan. mana taknya kau gunakan nama samaran. Siapa kenal.